Posts

TAJUK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

PENGENALAN Pada zaman ini, hampir setiap guru perlu melakukan persediaan sebelum masuk kea lam pengajaran di Sekolah dan berhadapan dengan pelajar. Persediaan seorang guru juga membolehkan guru menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku ketika proses pembelajaran dijalankan. Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Guru perlu tahu untuk menyampaikan kandungan pelajaran berbentuk teori dan amali. Guru yang berhasrat untuk menjadikan pengajarannya efektif, seharusnya membuat kajian atau penyelidikan mengenai kaedah yang paling sesuai untuk sesuatu isi pelajaran, topik atau kemahiran. ISI PENTING Terdapat beberapa isi utama yang terdapat pada tajuk ini iaitu pengubahsuaian strategi pengajaran, pengajaran yang efektif dan kemahiran komunikasi. Pengubahsuaian strategi perlu dilakukan oleh guru agar sentiasa mengubahsuai strateg

TAJUK 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

PENDAHULUAN Persekitaran amatlah penting bagi mewujudkan suasana yang selesa dan harmoni. Hal ini, dapat dikaitkan juga dengan pelajar sekolah yang memerlukan persekitaran sekolah yang selesa bagi menarik minat dan merangsang pembentukan jiwa yang tenang dan aman dalam menimba ilmu pengetahuan. Jadi tidak hairanlah mengapa pihak pengurusan sekolah amat menekankan aspek iklim dan persekitaran sekolah yang baik. Mana mungkin pelajar dapat belajar dengan tenteram sekiranya persekitaran sekolahnya kucar kacir, kotor, berbau dan bising.Pada kebiasaanya, sebuah sekolah yang iklimnya dianggap positif mempunyai ciri-ciri fizikal sekolah yang bersih dan menarik, hubungan sosial yang baik antara semua warga sekolah serta suasana kerja yang produktif. ISI PENTING Terdapat beberapa isi utama bagi tajuk ini iaitu peranan sekolah kepada masyarakat, peranan ibu bapa dan kerjasama antara sekolah dan masyarakat. Bagi isi yang pertama iaitu peranan sekolah kepada masyarakat. Sekolah meliba

TAJUK 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

PENGENALAN Pengurusan murid merupakan satu agenda penting dalam sebuah institusi pendidikan. Pengurusan murid yang berkesan mampu memberikan kesan yang mendalam terhadap personaliti murid seperti tingkah laku, kemahiran berfikir, kecerdasan kognitif, intrapersonal dan interpersonal. Sehubungan dengan itu, beberapa perkara yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mahukan sistem pendidikan di Malaysia dapat melahirkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Kaedah pemulihan dan pengayaan diguna pakai bergantung kepada masalah seseorang murid itu. ISI PENTING Terdapat beberapa isi utama pada tajuk ini iaitu guru memainkan peranan penting mengajar cara pendekatan pengajaran braille, menggunakan latihan mobiliti dan kemahiran hidup serta perlu menguasi cara berkomunikasi dan mengajar pendengaran murid - murid cacat. Pendekatan pengajaran braille adalah guru akan mengajar masalah penglihatan dengan unit asas i

TAJUK 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

PENGENALAN Pengurusan mengenai kepelbagaian budaya dalam kalangan murid amatlah dititikberatkan. Murid yang berbeza budaya ini memerlukan pengurusan yang baik untuk menguruskannya. Pelbagai aspek yang perlu dilihat terlebih dahulu seperti kelas kehidupan, agama, jantina, orientasi seksual, bahasa, umur, kenegerian, kenegaraan dan juga kaum atau etnik sebelum pengurusan pelbagai budaya itu dijalankan. Pengurusan merentasi budaya ini juga merangkumi pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya iaitu yang melibatkan aspek fizikal bilik darjah, dan sudutsudut pembelajaran dan bacaan. ISI PENTING Terdapat beberapa isi utama bagi tajuk ini iaitu pendekatan pelajar sebagai individu, pendekatan kurikulum dan pendekatan pelajar berasaskan ciri - ciri individu. Bagi isi yang pertama iaitu pendekatan pelajar sebagai individu, menekankan perbezaan pelajar berdasarkan ciri - ciri individu seperti kecacatan, latar belakang sosial, sifat - sifat psikologi. Guru memupuk pelajar

TAJUK 10:PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

PENGENALAN Menurut Zuraidah (1994), memberi nasihat adalah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Kamus Dewan, nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Gibson dan Mitchell (1999), nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna. Ia juga mengajar bagaimana untuk berfikir dan bertindak. ISI PENTING Dalam tajuk ini saya dapat memahami tentang ciri-ciri penasihatan. Penasihatan ini berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah. Penasihatan ini berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada orang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan dan pengiktirafan. Seterusnya, saya juga dapat mengetahui tentang ciri-ciri pelajar yang perlu diberi kauseling dan bimbingan. Antara ciri-ciri pela

TAJUK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU

PENGENALAN Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. ISI PENTING Peraturan ialah undang-undang yang ditetapkan untuk menentukan ketenteraman, keharmonian dan kelicinan perjalanan aktiviti-aktiviti dalam masyarakat. Peraturan sekolah merupakan satu persetujuan yang dipersetujui bersama oleh warga sekolah dalam mengawal disiplin dan tingkah laku manusia yang berada di dalamnya. Menurut Abdullah Sani (2005), disiplin merupakan satu bentuk latihan untuk mengembangkan potensi individu daripada segi intelek, jasmani, rohani dan sosial supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan ser

TAJUK 8: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN

PENGENALAN  Pengurusan bilik pembelajaran merupakan satu proses pembentukan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya di mana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai . Menurut Bosch (2006), pengurusan bilik pembelajaran bermaksud bagaimana seseorang guru itu dan pelajar bekerja; bagaimana mereka saling bekerjasama dan bagaimana pengajaran serta pembelajaran berlaku.  ISI PENTING Dua pengurusan sumber yang perlu dikuasai oleh guru ialah pengurusan sumber manusia dan sumber fizikal. Sumber manusia merupakan salah satu faktor yang perlu diberi perhatian bagi memastikan visi dan misi untuk kepentingan manusia itu sendiri dalam sesebuah organisasi dapat dilestarikan secara optimum. Manakala, sumber fizikal pula ialah seperti pengurusan di dalam bilik darjah yang merangkumi segala kemudahan dan peralatan yang terdapat di dalamnya. Sebagai contoh, kerusi meja yang selesa dan mencukupi untuk pelaj